Wednesday, 11 September 2013

Tips utk kekal bahagia dlm rumahtangga

Dlm rumahtangga, niat itu penting,kita niat utama bersifat keduniaan, maka segala isi rumahtangganya dilebihkan ke arah keduniaan.

Jika niat itu ke arah keahkiratan, maka segala isi rumahtangga di pandang dr sudut yg baik walaupun berlaku byk kesilapan.

Atara tips kekal bahagia : 

- ketahui  misi utama rumahtangga dgn seringkali berbincang dgn pasangan. 
Apa yg pasangan mahukan dlm sebuah rumahtangga.
Apa perancangan 10 tahun atau 5 tahun yg mendatang?
Apa yang dia inginkan isteri/suaminya dlm masa 10 thn atau 5 tahun?

Eg sesetengah suami membayangkan bilangan anak, jenis kenderaan dan jenis rumah yg bakal didiami dlm masa 10 tahun mendatang.

- sentiasa bersama pasangan ketika dia beriadah/atau melayan hobinya.

Suami tanpa hobi, akan lebih cenderung melayan wanita.Kerana nafsu syawat seks jika tidak dididikan ia akan segar mekar bak bunga ros!jangan halang suami melayan hobinya sekiranya ia tidak mengganggu keperluan keluarga dr segi kasih sayang dan juga wang.Dan sentiasa ingatkan dia, berhobi boleh tetapi jgn abaikan suruhan Allah.Jika kebiasaan dia sering ke masjid, sentiasa ingatkan dia, sambil berhobi, masjid jgn tinggal.

Bila suami berhobi, jika kita langsung tidak suka sekurangnya kita menyokong atau membenarkan dia melakukan hobinya bukan melarang atau mengutuk.

Andai jika jenis flexible, kita blh turut serta dlm hobinya.

Eg suami yg mempunyai hobi bermotor, kita juga tumpang naik motor jln2 dgnnya.Bukankah romantis begitu? Ibarat bawa awek! Rupanya bawa isteri!

- Mengisi masa sunyinya

Sentiasa mengambil perhatian waktu sunyi suami agar kita tidak membiarkan dia keseorangan.

Biasanya waktu sunyi berlaku selepas jam 10pm ke atas di mana waktu tersebut anak2 pun dah masuk tidur.Jadikan masa keemasan utk bersembang santai tentang hal yg disukainya.

- jaga waktu makannya

Jgn sesekali membiarkan suami ambil makanan sendiri, duduk makan sendirian sementara kita sibuk melayan diri atau anak. Sentiasa membiasakan diri dgn melayan suami sewaktu mkn dgn menyediakan mknan di atas meja ibarat anda sedang melayan tetamu diraja!

Pasti anda akan hidang hidangan yg terbaik bukan?

- Jaga keperluannya

Pakaian, stokin, malah seluar dlm juga perlu dijaga.Hakikatnya suami ibarat raja dan bayi, mahu keperluannya dipenuhi segera!

Jgn risau, andai suami tidak pernah memuji atau menghargai, Allah tidak memandang usaha kita sia2.Bukankah Allah dah sediakan satu tiket syurga bg isteri yg sabar melayani karenah suaminya?
Rugilah kita kalau kita agihkan tiket percuma kita kepada bibik!

-Jaga nafsu syahwatnya

Kebiasaan purata bg lelaki normal, hanya selama 14 hari dia mampu bertahan tanpa melakukan sex.ini kerana bg lelaki yg pernah melakukan sex, mereka tidak lagi mnjadi lelaki bujang yg blh bertahan bertahun lamanya.Manakala bg wanita, blh bertahan sekurangnya 3 bulan. kerana itu tempoh edah wanita 3 bulan dan tempoh haid maximum 14 hari.

Jika suami kerap outstation, jgn biarkan dia pergi keseorangan jika jumlah harinya melebih 14 hari.pasti sebelum pergi, diberi keperluan sexnya.jika melebih 14 hari, eloklah kita turut serta seklai seminggu sekurang2nya.

Ini utk mengelak nafsu syahwatnya tidak dpt dikawal oleh kerana faktor kawan dan persekitaranya.
Di tambah pula suami sememangnya kurang ilmu agama dan juga kurang mempraktikkan agama lagi mudah terpengaruh

-Kawal keluar masuk message,email dan lain2 social media.

Jgn kawal seperti anak2.Tetapi kawalan berhemah. Tengok siapa kawannya, apa aktiviti kawannya, bukan mengarah itu ini, hanya memantau secara berhemah supaya suami sentiasa berada dlm zon berjaga2 bukan dlm zon selesa.

Adakalanya seorang suami suka bila tengok isterinya mengambil berat aktivitinya,seakan terasa isteripun ada sifat mengambil berat bukan terlampau mengambil berat ya!

Pantau perlahan2, jangan setiap masa sibuk semak hp suami.
Kebiasaan suami yg buat hal akan letak password di hpnya atau dia akan bawa hpnya kemana sahaja dia pergi!

Kalau suami anda jenis tak layan hp, memang tiada masalah!jgn pulak sibuk semak sampai suamipun rimas!

No comments:

Post a Comment