Friday, 20 September 2013

Kelemahan Pasangan : Sifat panas baran yg keterlaluan

Sejujurnya, manusia memang dilahirkan bersifat keluh kesah,gelisah,pemalas, dan juga tidak lupa pemarah.

Namun, Rasulullah saw telahpun mengingatkan kita byk kali, jauhi sifat pemarah kerah bila kamu marah, kamu sedang menjauhi Syurga.

Bahkan Rasulullah memberikan kita tips utk elak mnjadi pemarah.

Betapa kuatnya impak buruk sifat pemarah ini.

Bg manusia yg punyai sifat pemarah, mereka sebenarnya langsung tidak menyedari mereka itu berada dlm zon pemarah sehingga diingatkan bahwasanya perkataan dan tindakannya itu adalah sedang berada dlm kemarahan.

Apapun kemarahan mesti di kawal jika ia tidak di kawal dia akan mudah terjerumus di lubuk baran.

Dan sifat baran ini sgt kuat dan besar impaknya terhadap neraca timbangan pahala dan dosa kita.

Sifat baran berlaku biasanya :

-manusia tadi dibesarkan dlm suasana yg penuh dgn kemarahan. Yakni kemarahan ibu terhadap bapanya dan kemarahan bapa terhadap ibunya tanpa kawalan iaitu marah membabi buta!
- pengaruh dan aura kemarahan ibu atau bapa menghasilkan anak kurang kasih sayang. Ie baru nak berckp ibu atau bapa mnyuruh dia diam,sehingga tiada sedikitpun mahu mendengar pendapatan dan keluhan si anak.Maka , sifat ini menyebabkan dia rasa terpinggir dan rsa tidak disayangi.
- stress dlm kerjaya.sesetengah jawatan menuntut dia mncari kesempurnaan maka dr situlah dia cepat letih maka sifat pemarah akan melampau tanpa kawalan.
- kurang iman dan amal, adakalanya org alim (punyai ilmu) punyai sifat baran, barangkali ilmu yg didengar tidak sama dgn ilmu yg di amal.Jadi sesetengah pendapat mengatakan hanya golongan jahil (tanpa ilmu,tanpa amal) sahaja baran , itu adalah salah.Cuba lihat orang baran juga solat,malah mnjaga solatnya tetapi bila dia berada dlm Situasi yg memungkinkan kesabarakan tercalar, dia menjadi baran keterlaluan.kerana sifat baran semulajadi memang sukar dibuang dr tabiatnya.

Baran ada dua jenis:

-- BARAN BERSIFAT KAKI MAKI, KAKI CACI, KAKI HAMUN,KAKI MENGATA ETC (Baran Mental)
-- BARAN BERSIFAT KAKI PUKUL,KAKI SEPAK,KAKI LEMPANG ETC (Baran Fizikal)

Kebiasaanya, baran mental terjadi disebabkan lAtar belakang keluarga yg mana ayahnya suka menggunakan perkataan negatif dlm berkomunikasi dgn ibunya atau sebaliknya jika seorang ibu suka maki suami, maka anak perempuan akan kerap maki suaminya kelak.

Eg situasi terlupa sidai baju, andai dia seorang baran mental, dia akan membebel dahulu, kemudian jika isterinya mnjawab lagi kuat bebelan maka akan disusuli ungkit mengungkit perihal kisah2 yg diceritakan oleh isterinya.jika dulu dia mendgr kisah dr isterinya tetapi bila berlaku sedemikian, dia pukul rata semula.ie, awak dulu kemain je ckp si A tu pemalas, awakpun sama pemalas sepertinya. sedangkan si A pemalas 24 jam sedangkan isterinya hanya terlupa utk hari itu sahaja.Kesimpulannya isteri elakkan bercerita tentang manusia lain yg negatif utk elak dirinya disamakan dgn manusia negatif td,sedangkan di awal ceita niatnya utk lebih mnjadikan suaminya bersyukur memilikinya.

Manakala baran fizikal, kebiasaan suka di kenal pasti.kerana dia mempunyai split personality.Adakalnya terlalu pemurah, romantik tetapi jika kehendak tidak dipenuhi, dia menjadi seorang yg melampaui batas.

[3:134] Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Ali Imran

[13:21] Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat);


[13:22] Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;

[13:23] Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;

[13:24] (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Ar Ra'd

Bayangkan isteri yg punyai suami baran, andai anda mengharapkan pergantunggan sepenuhnya pada Allah, anda akan mnjadi seperti gambaran Allah dlm surah Ar Ra'd td.Itulah dia pintu utk isteri solehah, bukan mudah utk merebut Anugerah Isteri Solehah!

Baginyg baran fizikal, sebelum berkahwin, pastikan :

-ayahnya bukan kaki pukul manusia lain, bukan kaki pukul isteri

Tetapi jika ayahnya sekali sekala pukul anak, itu biasa cuma jgn smpi pukul sampai bengkok tulang belakang! Itu memang kategore baran fizikal dan jika anda pernah dipukuk ketika bercinta, itu adalah mukadimahnya, maka kalau boleh janganlah sampai cinta membutakan kebenaran ya! Kerana waktu bercinta sememangnya pasangan kita telah mnjadi orang lain,org yg berusaha utk kelihatan cantik dr rupa dan akhlak.Akan tetapi dlm perkahwinan, ia adalah tempat penyimpanan aib!

Fikirkan suami, keaibanmu di genggaman isteri, andai isteri buka mula sikit, maka tercabutlah personility baikmu yg dipuja masyarakat!

Baran fizikal terjadi disebabkan dia selalu dipukul di waktu kecil,samada ayah atau ibu yg kerap dan kiat memukul tanpa sebab.Tetapi lepas memukul ibu atau ayah, pujuk merayu2 sehingga terpadam api dendam si anak tadi.

Maka di sinilah lahir baran fizikal, di mana lepas pukul isteri, dia adalah sebaliknya, sangat pemurah danpeyayang, maka dia seorang yg berselindung di sebalik topeng kemachoannya.Ramailah orang mengatakan, lembutnya, baiknya..selalu bg hadiah kt isteri, rupanya hadiah tersebut ganjaran sebagai pukulannya petang tadi!

Wahiya zubillah!

Ibu sekalian, berdialah ketika hamil, agar anak cucu dan keturunan kita bukan bertemu jodoh dgn kaki pukul!
Sebab itulah ada di antara wanita sanggup mnjadi janda jika berkhwin dgn kaki pukul

Masalahnya , ada sesetengah kaki pukul adalah seorang yg bertanggung jawab.hanya dia seorang yg suka mengawal emosinya.

Kebarangkalian zaman kecilnya,asala bersuara sahaja, di pukul.

Biasalah kan..anak kecil kerap bertanya yg pelik2 maka jika bapa baran fizikal, dia cepat memukul anaknya,jika dia baran mental , dia cepat marah dan maki anaknya.

Bagaimana isteri utk membantu suami baran fizikal atau mental atau kedua2 sekali?

Tunggu, artikel seterusnya,jika ada kelapangan menulis diizinkan Allah

Wahiya zubillah dijauhi dr sifat baran
Astagfirullah hal azim andai masih ada sifat baran tersembunyi di dlm diri ini.

[18:44] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

Al Kahfi

Allah penilai yg terbaik,
Manusia yg menilai luaran sedangkn Allah menilai dr hati kita
Perkukuhkan niatmu

SALAM SABTU

No comments:

Post a Comment