Tuesday, 24 September 2013

KOMUNIKASI YANG TERHALANG : Kebocoran dlm perhubungan

Dlm perhubungan mana pun, komunikasi memainkan aset terbesar dlm mewujudkan perhubungan.

Bila kmonikasi tidak tidak dijaga, dididik, sesebuah perhubungan juga kelihatan dingin.

Samalah dgn sebuah pasangan yg baru berkenalan, andai seorang lelaki tidak mnyukai wanita, 
Lelaki tersebut akan menunjukkan kedinginkan dgn jarang menghantar sms,email whatsapp dan selalu mengelak utk berjumpa tanpa alasan yg kukuh.

Pun begitu dlm rumahtangga, komunikasi adalah adegan yg paling besar, tanpa komunikasi yg baik, hubungan akan semakin jauh dan jauh.

Bygkan tahun pertama berkhwin sudah ada unsur memonopolikan perbualan yg mana dia sahaja yg betul dan pasangannya salah, malah suka memotong perckpan dan memaksa pasangan berdiam diri antara ciri salah teknik dlm perhubungan

Rasulullah saw, setia mendgr keluhan Aisyah yg bercerita perihal 10 wanita yg dtg berjumpanya utk mnyelesaikan masalah suami masing2, apakah kita bila isteri bercerita, kita terus melabelkan dia sedang mengumpat?

Mengapa terus Rasulullah tidak mnyuruh Aisyah diam, kamu sedang mengumpat!
Aisyah meneruskan ceritanya barulah Rasulullah campurtgn dlm penceritaan Aisyah.

Kerana Rasulullah seorang pendengar yg baik!
Andai Rasulullah saw menolak cerita Aisyah tadi, apa kah kita blh bygkan bagaimana perasaan aisyah yg suka bercerita tetiba dihalang?

Seperti perasaan seorang anak kecil yg seronok bercerita tentang sekolahnya, lalu kita nyatakan, kamu diam,mak tak mahu dgr,masalah kamu kecil sahaja!

Apa kita fikir anak tersebut akan berdiam diri buat selamanya?
Pasti anak itu mncari sahabat yg blh mendgr luahan hatinya

Begitulah juga pasangan kita!

Baik pihak suami atau isteri,cuma yg menakutkan bila si isteri mncari pendengar yg setia dan lebih baik d suaminya dan suaminya mencari pendengar yg setia dr isterinya

Wahiya zubillah!

Baiki komunikasi dlm rumahtangga
Barulah kita nampak rahmat dan berkat dr ilahi.

Andai kita selalu ingin menang dlm perbualan biasa, kita sebenarnya seorang yg pentingkan diri sendiri?!

Friday, 20 September 2013

Kelemahan Pasangan : Sifat panas baran yg keterlaluan

Sejujurnya, manusia memang dilahirkan bersifat keluh kesah,gelisah,pemalas, dan juga tidak lupa pemarah.

Namun, Rasulullah saw telahpun mengingatkan kita byk kali, jauhi sifat pemarah kerah bila kamu marah, kamu sedang menjauhi Syurga.

Bahkan Rasulullah memberikan kita tips utk elak mnjadi pemarah.

Betapa kuatnya impak buruk sifat pemarah ini.

Bg manusia yg punyai sifat pemarah, mereka sebenarnya langsung tidak menyedari mereka itu berada dlm zon pemarah sehingga diingatkan bahwasanya perkataan dan tindakannya itu adalah sedang berada dlm kemarahan.

Apapun kemarahan mesti di kawal jika ia tidak di kawal dia akan mudah terjerumus di lubuk baran.

Dan sifat baran ini sgt kuat dan besar impaknya terhadap neraca timbangan pahala dan dosa kita.

Sifat baran berlaku biasanya :

-manusia tadi dibesarkan dlm suasana yg penuh dgn kemarahan. Yakni kemarahan ibu terhadap bapanya dan kemarahan bapa terhadap ibunya tanpa kawalan iaitu marah membabi buta!
- pengaruh dan aura kemarahan ibu atau bapa menghasilkan anak kurang kasih sayang. Ie baru nak berckp ibu atau bapa mnyuruh dia diam,sehingga tiada sedikitpun mahu mendengar pendapatan dan keluhan si anak.Maka , sifat ini menyebabkan dia rasa terpinggir dan rsa tidak disayangi.
- stress dlm kerjaya.sesetengah jawatan menuntut dia mncari kesempurnaan maka dr situlah dia cepat letih maka sifat pemarah akan melampau tanpa kawalan.
- kurang iman dan amal, adakalanya org alim (punyai ilmu) punyai sifat baran, barangkali ilmu yg didengar tidak sama dgn ilmu yg di amal.Jadi sesetengah pendapat mengatakan hanya golongan jahil (tanpa ilmu,tanpa amal) sahaja baran , itu adalah salah.Cuba lihat orang baran juga solat,malah mnjaga solatnya tetapi bila dia berada dlm Situasi yg memungkinkan kesabarakan tercalar, dia menjadi baran keterlaluan.kerana sifat baran semulajadi memang sukar dibuang dr tabiatnya.

Baran ada dua jenis:

-- BARAN BERSIFAT KAKI MAKI, KAKI CACI, KAKI HAMUN,KAKI MENGATA ETC (Baran Mental)
-- BARAN BERSIFAT KAKI PUKUL,KAKI SEPAK,KAKI LEMPANG ETC (Baran Fizikal)

Kebiasaanya, baran mental terjadi disebabkan lAtar belakang keluarga yg mana ayahnya suka menggunakan perkataan negatif dlm berkomunikasi dgn ibunya atau sebaliknya jika seorang ibu suka maki suami, maka anak perempuan akan kerap maki suaminya kelak.

Eg situasi terlupa sidai baju, andai dia seorang baran mental, dia akan membebel dahulu, kemudian jika isterinya mnjawab lagi kuat bebelan maka akan disusuli ungkit mengungkit perihal kisah2 yg diceritakan oleh isterinya.jika dulu dia mendgr kisah dr isterinya tetapi bila berlaku sedemikian, dia pukul rata semula.ie, awak dulu kemain je ckp si A tu pemalas, awakpun sama pemalas sepertinya. sedangkan si A pemalas 24 jam sedangkan isterinya hanya terlupa utk hari itu sahaja.Kesimpulannya isteri elakkan bercerita tentang manusia lain yg negatif utk elak dirinya disamakan dgn manusia negatif td,sedangkan di awal ceita niatnya utk lebih mnjadikan suaminya bersyukur memilikinya.

Manakala baran fizikal, kebiasaan suka di kenal pasti.kerana dia mempunyai split personality.Adakalnya terlalu pemurah, romantik tetapi jika kehendak tidak dipenuhi, dia menjadi seorang yg melampaui batas.

[3:134] Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Ali Imran

[13:21] Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat);


[13:22] Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;

[13:23] Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;

[13:24] (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Ar Ra'd

Bayangkan isteri yg punyai suami baran, andai anda mengharapkan pergantunggan sepenuhnya pada Allah, anda akan mnjadi seperti gambaran Allah dlm surah Ar Ra'd td.Itulah dia pintu utk isteri solehah, bukan mudah utk merebut Anugerah Isteri Solehah!

Baginyg baran fizikal, sebelum berkahwin, pastikan :

-ayahnya bukan kaki pukul manusia lain, bukan kaki pukul isteri

Tetapi jika ayahnya sekali sekala pukul anak, itu biasa cuma jgn smpi pukul sampai bengkok tulang belakang! Itu memang kategore baran fizikal dan jika anda pernah dipukuk ketika bercinta, itu adalah mukadimahnya, maka kalau boleh janganlah sampai cinta membutakan kebenaran ya! Kerana waktu bercinta sememangnya pasangan kita telah mnjadi orang lain,org yg berusaha utk kelihatan cantik dr rupa dan akhlak.Akan tetapi dlm perkahwinan, ia adalah tempat penyimpanan aib!

Fikirkan suami, keaibanmu di genggaman isteri, andai isteri buka mula sikit, maka tercabutlah personility baikmu yg dipuja masyarakat!

Baran fizikal terjadi disebabkan dia selalu dipukul di waktu kecil,samada ayah atau ibu yg kerap dan kiat memukul tanpa sebab.Tetapi lepas memukul ibu atau ayah, pujuk merayu2 sehingga terpadam api dendam si anak tadi.

Maka di sinilah lahir baran fizikal, di mana lepas pukul isteri, dia adalah sebaliknya, sangat pemurah danpeyayang, maka dia seorang yg berselindung di sebalik topeng kemachoannya.Ramailah orang mengatakan, lembutnya, baiknya..selalu bg hadiah kt isteri, rupanya hadiah tersebut ganjaran sebagai pukulannya petang tadi!

Wahiya zubillah!

Ibu sekalian, berdialah ketika hamil, agar anak cucu dan keturunan kita bukan bertemu jodoh dgn kaki pukul!
Sebab itulah ada di antara wanita sanggup mnjadi janda jika berkhwin dgn kaki pukul

Masalahnya , ada sesetengah kaki pukul adalah seorang yg bertanggung jawab.hanya dia seorang yg suka mengawal emosinya.

Kebarangkalian zaman kecilnya,asala bersuara sahaja, di pukul.

Biasalah kan..anak kecil kerap bertanya yg pelik2 maka jika bapa baran fizikal, dia cepat memukul anaknya,jika dia baran mental , dia cepat marah dan maki anaknya.

Bagaimana isteri utk membantu suami baran fizikal atau mental atau kedua2 sekali?

Tunggu, artikel seterusnya,jika ada kelapangan menulis diizinkan Allah

Wahiya zubillah dijauhi dr sifat baran
Astagfirullah hal azim andai masih ada sifat baran tersembunyi di dlm diri ini.

[18:44] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

Al Kahfi

Allah penilai yg terbaik,
Manusia yg menilai luaran sedangkn Allah menilai dr hati kita
Perkukuhkan niatmu

SALAM SABTU

Tuesday, 17 September 2013

Bagaimana ingin mngubah pasangan?

Kita seringkali menginginkan pasangan seperti kita.

Kelakuan yg sama
Corak pemikiran yg sama
Gaya hidup yg sama
Kegemaran yg sama

Yang sepatutnya wajib ada kesamaan :-

Beragama islam dan sempurna fizikannya.

Kita tidak blh ubah pasangan secara drastik, kita hanya perlu menggunakan teknik Rasulullah saw dlm mengubah kaum Jahiliyah menjadi muslim sejati.

Di mana teknik Rasulullah bukan memaksa orang memeluk islam tetapi mempamerkan keindahan  islam dr dlm dirinya.

Baginda tonjolkan apa itu Allah dan Islam melalui akhlaknya, baginda punyai sunnah iaitu gaya hidup, dan kegemaran manakala corak pemikirannya al quran.

Andai baginda hanya membaca al quran tanpa mengerti, pasti kita susah menerima Allah sbg tuhan kita.

Sebgitulah dl rumahtangga, andai kita ingin mngubah suami kerana mahu dia seperti yg kita idamkan, kita sebenarnya sedang mncipta kegagalan!

Kerana manusia takkan berubah mengikut acuan kita, tetapi berubah mngikut kehendaknya sendiri.
Andai dia berubah ikut acuan kita, dia hanya akan jadi baik dihadapan kita sahaja, bukan di hadapan Allah.

Jadi, harus bagaimanakah kita mngubah pasangan secara betulnya?

Sbg isteri, kita sebenarnya punyai byk kekuatan,
Antara kekuatan mnggoda, memujuk,membelai dan mengasihaninya.

Gunakan aura kekuatan itu utk melembutkan hatinya walau pada mulanya agak sukar kerana hati kita juga punyai ego!

Langkah pertama, kuatkan hubungan kita dgn Allah.Lantas, di tanya bagaimana?

- perkemaskan solat awal waktu seudaya upaya mungkin
- tunaikan solat tahajud , solat hajat dan solat taubat pada waktu mlm setiap hari jika boleh, jgn skip selama 2-3 bulan sebagai latihan tubi.
- mengamalkan bacaan al quran setiap hari walaupun hanya 1-2 mukasurat.
- bersedekah dgn wang,atau amal.
- perbykkan menonton majlis ilmu berkaitan dgn rumahtangga agar kita jelas hala tuju kita.

Langkah kedua , kuatkan hubungan kita dgn suami, bagaimana?

- perbykkan masa berkomunikasi verbal dgnnya, kurangkan komunikasi text.
- perbykkan masa meluangkan bersamanya ketika dia keseorangan
- perbykkan pujian jika suami anda seorang baran
- jika ada luang ketika dia ada outstation, sertainya!jgn biarkan dia keseorangan
- perbykkan aktiviti di rumah berbanding mngajak suami ke mall, kerana di mall imannya bakal mnjunam!
- mnyertai diri dlm hobinya ie mengalakkan hobinya
- berhias diri ie sentiasa berwangian, berbedak ,bergincu, memakai pakai seakan pakaian org yg tak bertudung ie sleevess and skinny jean.

Kita baiki hubungan suami isteri dan Allah dulu, perbetulkan niat rumahtangga utk apa dan kerana siapa?

Bila kita mengubah diri kita sebagai isteri, secara tidak langsung sahabat setiduran kita juga berubah kerana aura kita!

Seperti mana si penjual minyak wangi yg berbau harum dek wangian jualannya!

Ingat! Dlm mngubah tabiat dan sikap, adalah sesuatu yg amat sukar tanpa hidayah Allah, maka perkemaskan hubungan dgn Allah, insha Allah ada pertolongan dr Allah, Allah tak pernah mensia2 kan dirimu yg melakukan segalanya kerana Allah.Bukankah Allah tak pernah menzalimi dirimu,sebaliknya dirimu yg sentiasa menzalimi diri sendiri!

Niat, saya ingin ubah suami kerana Allah, sebab nak masuk Syurga bersamanya,walaupun ada ketikanya sikapnya agak mnjelikkan tetapi saya pohon Allah lapangkan dada saya terima kelemahannya mnjadi satu kemanisan.Kerana saya juga ada kejelikannya.

Setiap kali suami berkelakuan seperti anda tak suka, pantas berdoa, ya allah lembutkan hatinya, katakan di saat anda benar2 menyampah,Masha Allah, terapi jiwa yg sgt cemerlang!


Mendoakan kebaikan suami disaat diri terasa dizalimi! 
Mustajab doanya tapi mohon jgn doa keburukan kerana anda juga yg susah nanti!

Sunday, 15 September 2013

Keinginan pasangan dlm rumahtangga

Keimginan setiap pasangan dlm rumahtangga adalah berbeza.

Namun perbezaan itulah yg perlu dihormati dan diraikan,tanpa penghormatan dan meraikan seseuatu yg mnjadi kesukaan pasangan, kita akan dilihat sebagai sebuah pasangan yg punyai halatuju yg berbeza.

Realitinya, hobi adalah salah satu kaedah utk menghilangkan tekanan kehidupan yg naik turun dan naik turun.

Mengapa perlu hobi?
Adakah hobi itu sebenarnya sebagai salah satu tingkap keluar dr masalah kah?

Ya, anda pernah kah lihat, sesuatu hobi blh menjadi asbab anda rasa tenang dan bahagia selain dr rezeki dan nikmat ketenangan dr Allah.

Allah hadirkannya melalui hobi.

Hobi adalah sesuatu yg kita minat dan pasti bila kita melakukannya, kita rasa lapang dan tenang namun bila hobi sesuatu pasangan di halang, belahan jiwanya memberontak.Walaupun zahirnya kelihatan akur tetapi jiwanya menolak.

Sebagai suami, dia tak perlu mnyekat hobi isteri asalkan tidak mengabaikan tanggungjawabnya,bagilah isteri ruang dan peluang dia berhobi

Begitu sebaliknya utk isteri, bagila ruang dan peluang utk suami beriadah.Namun perlu diingatkan, hobinyatidak memakan wang hak isteri dan anaknya dan juga tidak mengabaikan tanggungjawabnya

Adalah tidak adil utk kita menyekat hobi pasangan tetapi hobi kita masih berlangsung dgn jayanya.Apakah kita melihat pasangan kita hanya hidup menanggung tanggungjawab tanpa perlu beriadah?

Ibarat robot menunggu arahan!

Friday, 13 September 2013

Komunikasi verbal dan in verbal dlm rumahtangga

Ramai pasangan mengabaikan dua bentuk komunikasi ini ketika usia perkahwinan mnginjak ke 5 tahun ke atas.

Hanya pada 1-3 tahun sahaja, komunikasi antara pasangan sangat terbaik, utk tahun seterusnya masing2 disibukkan dgn tanggungjawab sbg ibu, bapa, pekerja.

Mengapa?

Apakah faktor kekurangan ilmu agama?
Atau dek kerana keegoan yg meninggi?

Ada mnganggap kurangnya ilmu agama menyebabkan nafkah batin suami atau isteri di abaikan,tetapi sebenarnya byk orang memiliki ilmu agama yg tinggi tetapi mempunyai tahap keupayaan beramal yg kurang.sebab itulah ilmu tanpa amal, ibarat baju tanpa bentuk yg cantik.lurus, design ntah apa!

Jd jangan terkejut bila kita lihat ada yg punyai ilmu agama ti ggi tetapi praktikalmya kurang

Mengapa suami dikatakan ego mempertahankan kelelakiannya?

Sekali lagi, kita sebenarnya harus mngkaji apa latar belakang keluarganya dan cara dia dibesarkan!

Andai masa kecilnya, dia selalu di arah, dimarahi,dimaki,di pukul, personalitinya agak kasar, ego yg tinggi, utk meminta maaf dan memaafkan kita,

Berbanding dgn suami yg dibesarkan dlm keluarga yg penuh pujian, saling bantu membantu, maka sifatnya lebih ke arah tolenrasi dan mudah melapangkan urusan seseorang.

Bila kita sudah mngenal pasti bentuk pembesaran, maka mudah utk kita mengawal dan membentuknya mngikut yg sepatutnya.

Jgn mengubah sifat naturalnya, kerana ia terdidik sejak azali, maka sifatnya umpama kotoran degil yg sukar dihapuskan dgn clorox sekalipun!

Ubahlah sifat sementara , kerana itu kita perlu mngenal pasti yg mana sifat sementara dan yg mana sifat kekal

Eg sifat kekal keras hati, tegas dan sifat sementara suka membantu.

Sfat keras hati memang memerlukan masa yg lama utk dididik.Kerana ia perlukan istiqamah,hidayah dan pengampunan dr Allah.

Sifat sementara, ie bantu ke pasar, bantu di dpur, itu boleh dibentuk mengikut masa perkahwinan dan keadaan perkahwinan.adakalanya suami terpaksa memasak kerana isteri berpantang.

Maka tidak hairan jika selepas 5 tahun anda akan lihat pasangan anda semakin hari semakin menjauh.

Mereka lupa barangkali, bersembang santai bersama isteri itu merupakan nafkah batin selain sentuhan dan seks itu pula didefinasikan nafkah batin.

Nafkah batin sejujurnya berkaitan dgn emosi isteri.

Antara keperluan nafkah batin isteri:-

- bersembang santai dgn apa yg berlaku padanya hari ini
- mengosok mana2 anggota bdn yg lenguh2
- bila isteri sakit, suami sedia menggantikan tugasan isteri bukannya mnyusahkan isteri
- bergilir mnjaga anak esp anak yg sakit
-bergilir mngajar anak dlm bentuk agama mahupun Pelajaran sekolah
- memuji kelebihan isteri dan menegur secara berhikmah akan kelemahannya eg jika isteri memasak, pujilah di atas usahanya namun jika makanan tersebut tidak menepati citaras kita, maka menegurlah dgn baik bukan menengking, memaki dan mengherdik di atas kesilapannya.
-memuji kecantikan isteri pada setiap pagi, kerana mood pagi yg baik akan menentukan keseluruhan hari isteri tersebut,andai isteri bahagia, anda juga pasti memakan hasilnya! Ie masakan yg penuh pujian bukan masakan penuh dgn kritikan dan sumpah seranah.
- mengiyakan Pendapat isteri dan jika tak bersetuju sangkal dgn penuh hikmah
- bergilir mnghantar anak, jgn hamburkan semua tugas mndidik anak hanya pada isteri sehingga jika anak melakukan kesilapan, kita mnyalah isteri sebgi pendidik sedangkan tugas bapa adalah jauh lebih penting dlm pendidikan selain mncari wang nafkah zahir.
- kerap memeluk dan mncium isteri bila dia melakukan sesuatu tugas yg sepatutnya suami lakukan. Eg buang sampah, basuh baju, seterika baju, memasak.pelukan dan cium bukan bererti sebagai foreplay sebelu. Melakukan seks tetapi ianya lebih memberi erti kasih sayang dgn konteks mngutip pahala kasih sayang, bukankah rumahtangga gedung pahala ke syurga?

Atau anda hanya memberikan si isteri sibuk mngutip pahala,sedangkan anda hanya mengarahkannya sahaja?

SALAM JUMAAT
SALAM KASIH SAYANG
ASTAGFURULLAH HAL AZIM
AKU MOHON CINTA DAN REDHAMU YA ALLAH
BERIKANKU KASIHSAYANG DAN RAHMATMU

Thursday, 12 September 2013

Lelaki Baran vs Lelaki Romantik

Dlm konteks lelaki ,ada dua jenis yg amat ketara perbezaannya.

BARAN akan timbul sifat kecilnya yg lain.
Personaliti lelaki baran mnjurus kepada ketegasannya. Biasanya mereka tidak suka melayan sesuatu yg remeh temeh, memikirkan sesuatu yg kecil, kuat merajuk, mudah tersinggung, pendendam , mudah melenting akan perkara yg tidak mnyenangkannya, dan suka mncari kesalahan orang utk diperbesarkan jika dia bukan berada dlm mood yg baik

Disebaliknya kejelikan sifat baran ini, terselit kemanisan dlm personalitinya.

Antaranya ;

- tegas dlm berbuat keputusan
- keputusannya tidak dipengaruhi oleh sesiapa
- tidak suka melayan sesuatu yg tidak menguntungkannya. Ie layan perbualan perempuan yg tidak dikenali.
- berbicara hal yg penting sahaja
- byk mnggunakan mata dlm memerhati sesuatu kerana dia bukan pendengar yg baik

Dan banyak lagi sifat baik disebalik baran ini

ROMANTIK berlaku bilamana persekitaran pembesarannya dipenuhi dgn sifat kasih sayang. bilangan adik beradik sedikit akan lebih cenderung ke arah sifat ini.Kerana besar kemungkinan ibubapa sempat fokus tentang keperluan anak. Anak bungsu,anak kedua atau ketiga bungsu kebiasaan cenderung memiliki sifat sebegini.Ada kalanya , anak tunggal.

Sifat romantik ini biasanya dpt dikenal pasti dr sifatnya yg suka menulis, suka membantu, suka berkata2 yg menyenangkan, suka menjadi pendengar yg baik dan amat memahami keperluan rohani isterinya, tak kisah ambil hantar isteri,suka teman isteri,suka berbual dgn isteri.Kiranya caring abisla

Maka bila birthday, anniversary memang dialah yg sibuk hantar bunga, coklat,belikan hadiah, wishes semuanya.

Berbeza dgn sifat lelaki baran. Dia lebih fokus, maka dia telah menganggap anniversary, birthday itu remeh.Jadi memang bukan mnjadi kebiasaan bagi dirinya berbuat sedemikian.

Kekurangan lelaki romantik, dia akan terbawa2 keromantikanya di luar rumahtangga, maka ramai wanita sgt mnyenangi dirinya yg sentiasa membantu, berckp lembut dan rajin dlm segala hal.dlm hal ini, suami mahupun isteri sentiasa beringat antara satu sama lain, di bimbangi sifat romantiknya mnjdi idaman wanita lain.


Maka dgn itulah kebiasaannya kes poligami cenderung pada sifat lelaki pendiam, peyayang dan romantika.

Tidakkah anda perhatikan..
Kbykan kes poligami yg saya dengar 90% dr sifat lelaki yg begitu romantis dgn isterinya, maka tidak hairanlah jika isteri sukar menghidu jika suaminya punyai wanita lain.Kerana dia sendiri menganggap suaminya adalah segalanya

Pun begitu, bukan semua , ada juga lelaki baran berpoligami cuma kadar rekod lebih tinggi pd lelaki yg suka berkata manis, melayan wanita dan bersifat seorang pendengar yg baik.

Jadi, jika anda belum berkhwin, bagaimana ingin mngenal pasti lelaki baran atau romantik?

- lihat latar belakang adik beradiknya,kebiasaannya anak sulung lelaki dlm keluarga byk bersifat baran berbanding romantik
- lihat cara bapanya melayan ibunya ; dr situlah anda akan lihat dia juga bakal melayan anda bila berkahwin dan mempunyai anak kelak.
- perhatikan pada sifat pemarahnya, andai dia seorang yg sukar marah, dia adalah seorang romantik, andai dia mudah melenting dgn sesuatu perkara yg kecil, dia seorang yg baran.
Eg jalan jam, si dia sudahpun bising2.
Eg barang hilang, si dia sudahpun bising2.
- perhatikan sifat peyayang, mengambil berat dan cara dia mendgr masalah anda.andai dia seorang yg malas layan anda berbicara, hanya berckp soal penting, dia adalah seorang yg baran.Kebiasaannya sifat romantik suka melayan masalah wanita, suka mengambil tahu tentang wanita,suka menulis ayat jiwang dan juga seorang yg pentingkan kecantikan dan kekemasan.mat smart gitu!

Sewaktu bersahabat, ujilah pasanganmu!
Kerana anda bukan sehari hidup bersamanya, anda hidup 24 jam selama nyawa di kandung badan!
Andai tersilap memilih,
Jgn salahkan jodoh
Tetapi salahkan diri yg lagha dlm mengenal pasti karektor sebelum bernikah

Walau bagaimanapun, perancangan jodoh Allah adalah indah
Pertemuannya pada waktu yg tepat dan bersesuaian dgn keadaan kita
Allah tidak menemukan kita dgn orang yg salah dan pd waktu yg salah.
Allah temukan kita pada orang yg benar pada waktu yg tepat.
Samada kita perlu mngubah diri setelah bertemu dgnnya
Atau kita mnjadi asbab utk si dia berubah.
Redha
Mengharapkan keredhaan Allah
Qanaah
Syukur

Walaupun diuji dan teruji dgn orang yg ditemukan oleh Allah utk kita
Andai kekurangannya adalah sifat semula jadi, kita perlu mncari alternatif utk merawat kesepian.
Kerana sifat semulajadi adalah sesuatu yg terlalu sukar utk di ubah dgn mendadak.


Wednesday, 11 September 2013

Tips utk kekal bahagia dlm rumahtangga

Dlm rumahtangga, niat itu penting,kita niat utama bersifat keduniaan, maka segala isi rumahtangganya dilebihkan ke arah keduniaan.

Jika niat itu ke arah keahkiratan, maka segala isi rumahtangga di pandang dr sudut yg baik walaupun berlaku byk kesilapan.

Atara tips kekal bahagia : 

- ketahui  misi utama rumahtangga dgn seringkali berbincang dgn pasangan. 
Apa yg pasangan mahukan dlm sebuah rumahtangga.
Apa perancangan 10 tahun atau 5 tahun yg mendatang?
Apa yang dia inginkan isteri/suaminya dlm masa 10 thn atau 5 tahun?

Eg sesetengah suami membayangkan bilangan anak, jenis kenderaan dan jenis rumah yg bakal didiami dlm masa 10 tahun mendatang.

- sentiasa bersama pasangan ketika dia beriadah/atau melayan hobinya.

Suami tanpa hobi, akan lebih cenderung melayan wanita.Kerana nafsu syawat seks jika tidak dididikan ia akan segar mekar bak bunga ros!jangan halang suami melayan hobinya sekiranya ia tidak mengganggu keperluan keluarga dr segi kasih sayang dan juga wang.Dan sentiasa ingatkan dia, berhobi boleh tetapi jgn abaikan suruhan Allah.Jika kebiasaan dia sering ke masjid, sentiasa ingatkan dia, sambil berhobi, masjid jgn tinggal.

Bila suami berhobi, jika kita langsung tidak suka sekurangnya kita menyokong atau membenarkan dia melakukan hobinya bukan melarang atau mengutuk.

Andai jika jenis flexible, kita blh turut serta dlm hobinya.

Eg suami yg mempunyai hobi bermotor, kita juga tumpang naik motor jln2 dgnnya.Bukankah romantis begitu? Ibarat bawa awek! Rupanya bawa isteri!

- Mengisi masa sunyinya

Sentiasa mengambil perhatian waktu sunyi suami agar kita tidak membiarkan dia keseorangan.

Biasanya waktu sunyi berlaku selepas jam 10pm ke atas di mana waktu tersebut anak2 pun dah masuk tidur.Jadikan masa keemasan utk bersembang santai tentang hal yg disukainya.

- jaga waktu makannya

Jgn sesekali membiarkan suami ambil makanan sendiri, duduk makan sendirian sementara kita sibuk melayan diri atau anak. Sentiasa membiasakan diri dgn melayan suami sewaktu mkn dgn menyediakan mknan di atas meja ibarat anda sedang melayan tetamu diraja!

Pasti anda akan hidang hidangan yg terbaik bukan?

- Jaga keperluannya

Pakaian, stokin, malah seluar dlm juga perlu dijaga.Hakikatnya suami ibarat raja dan bayi, mahu keperluannya dipenuhi segera!

Jgn risau, andai suami tidak pernah memuji atau menghargai, Allah tidak memandang usaha kita sia2.Bukankah Allah dah sediakan satu tiket syurga bg isteri yg sabar melayani karenah suaminya?
Rugilah kita kalau kita agihkan tiket percuma kita kepada bibik!

-Jaga nafsu syahwatnya

Kebiasaan purata bg lelaki normal, hanya selama 14 hari dia mampu bertahan tanpa melakukan sex.ini kerana bg lelaki yg pernah melakukan sex, mereka tidak lagi mnjadi lelaki bujang yg blh bertahan bertahun lamanya.Manakala bg wanita, blh bertahan sekurangnya 3 bulan. kerana itu tempoh edah wanita 3 bulan dan tempoh haid maximum 14 hari.

Jika suami kerap outstation, jgn biarkan dia pergi keseorangan jika jumlah harinya melebih 14 hari.pasti sebelum pergi, diberi keperluan sexnya.jika melebih 14 hari, eloklah kita turut serta seklai seminggu sekurang2nya.

Ini utk mengelak nafsu syahwatnya tidak dpt dikawal oleh kerana faktor kawan dan persekitaranya.
Di tambah pula suami sememangnya kurang ilmu agama dan juga kurang mempraktikkan agama lagi mudah terpengaruh

-Kawal keluar masuk message,email dan lain2 social media.

Jgn kawal seperti anak2.Tetapi kawalan berhemah. Tengok siapa kawannya, apa aktiviti kawannya, bukan mengarah itu ini, hanya memantau secara berhemah supaya suami sentiasa berada dlm zon berjaga2 bukan dlm zon selesa.

Adakalanya seorang suami suka bila tengok isterinya mengambil berat aktivitinya,seakan terasa isteripun ada sifat mengambil berat bukan terlampau mengambil berat ya!

Pantau perlahan2, jangan setiap masa sibuk semak hp suami.
Kebiasaan suami yg buat hal akan letak password di hpnya atau dia akan bawa hpnya kemana sahaja dia pergi!

Kalau suami anda jenis tak layan hp, memang tiada masalah!jgn pulak sibuk semak sampai suamipun rimas!

Monday, 9 September 2013

Kesan kemarahan dlm Rumahtangga

Hakikanya, kita sering terlepas pandang kesan api kemarahan dlm rumahtangga.

Bagi pihak SUAMI, bila dia sentiasa dlm kemarahan, dia akan menyebabkan kesan buruk pada jiwa dan tumbesaran anak dan juga keperluan batin seorang isteri juga terjejas.

Apa itu kemarahan?

Situasi dlm keadaan yg biasa berlaku tetapi dia berada dlm situasi kemarahan iaitu cepat melenting, mencari kesalahan orang dan memperbesarkan kesalahan kecil seseorang.

Bilamana kita dlm kategori ini, kita akan dikenali sebagai seorang yg mempunyai sifat baran dgn erti kata lainnya kita adalah seorang pemarah

Apakah peyumbang kemarahan ini?

-keadaan persekitaran
-faktor kerjaya
-faktor kewangan
-faktor genetik

Kebiasaan, jika sifat suami kita sememangnya baran/pemarah kerana faktor genetik, ia mnjadi terlalu sukar utk diubah, kerana sifat ini diwarisi apa yg dilaluinya semasa membesar dan apa yg dialaminya kesan dr kemarahan bapa atau ibu yg melampau terhadapnya.

Bilamana seorang isteri berada dlm situasi ini, Allah punyai perancangan jodoh yg rapi. Kebiasaannya jodoh suami baran akan bertemu dgn isteri yg penyabar,dan lembut, penyayang.

Antara tindakan seseorang yg bersifat baran :

-membebel
-mengungkit
-mencari kesalahan utk diperbesarkan
-cepat melenting bila ditegur
- menghamburkan kata2 yg negatif
- memukul
- membaling barang berkaca atau berharga

Bagaimana berhadapan dgn seseorang pemarah?

- diam adalah jln paling baik
- sekiranya memerlukan utk kita mnjawab, maka jawablah saya minta maaf biarpun kesalahan kita adalah kecil atauapum kesalahan kita berpunca dr kesilapan dia
- berdoa langsung dlm hati ketika sedang dimarahi, antara doa yg dimakbulkan Allah adalah doa org teraniya maka sedang dlm kemarahan melampau biarpun bukan kesalahan yg besar mahupun kesalahan sendiri, sudah tentu kita sebenarnya berada dlm situasi teraniya.
-membaca al fatihah lalu diniatkan sedekah padanya ketika sedang dimarahi
- beristigfar astagfirullah hal azim tanpa henti
-sekiranya segalayg diatas telahpun dilaksanakan namun bebelan masih tak berhenti, asingkan diri dr kawasan yg dibebelkan tadi.Jauhi diri drnya utk elak lg pergaduhan yg lebih dramatik.

Kesan buruk kemarahan suami terhadap isteri dan anak:

- dia sedang mngajar isteri dan anaknya berbohong.Mengapa? Sekiranya dituturkan kebenaran, suami akan melenting keterlaluan jadi adalah baik isteri mahupun anak mnjadi pemohon penyimpan rahsia dr suami dgn tidak berterusterang dan cuba menipu supya api kemarahan tidak membuak

Eg situasi pinggan pecah.
Si isteri cuba mnjadi jujur dgn mmberitahu situasi berkenan.jika suaminya kaya dgn sifat peyayang dan pemurah, dia akn tenangkn isterinya tetpi jika dia seorang yg pemarah, dia mula membebel mngungkit dan mnghamburkn kata2 negatif.

- yang membimbangkan, ketika tuanya dia tak dipedulikan oleh isteri dan anak terutama ketika sakit.bayangkan ketika sakitpun isteri tidak mahu mnjaganya.apalah daya kita ketika tua yg tiada bertenaga?

Terapi jiwa bg isteri yg memiliki suami baran

- cari punca dan keadaan bagaimana mnyebabkan suami mudah melenting dan elakkan dr berterus terang terlalu kerap

Eg suami jenis mudah melenting bila kita memberitahu hal keselamatan anak, maka bila anak jatuh adalah baik kita jgn terus bagitahu dirinya sekiranya kecederaan tidak kritikal .sekiranya diberitahu menyebabkan suami mula melenting.jadi langkah terbaik, beritahu ketika kita sendiri tenang dan ketika dia tenang
- elakkan dr bercerita hal yg tidak penting eg cerita hal kawan sepejabat atau kawan, hal jiran, hal adik beradik kandung , hal adik beradik ipar, hal mentua mahupun hal ibubapa kandung.
- baca surah taha 1-5 pada air dan mknannya
- baca surah al khauthar pada beras dan minuman malamnya ; paling afhdal, baca ketika dia sedang marah dan hulurkan air tersebut.
- berdoa pd solat tahajud dan dhuha
- baca al fatihah dan sedekahkan atas namanya sambil berdoa agar Alah lembutkan hatinya
- baca doa nabi daud , Ya Allah kau lembutkan hati suamiku yg bernama xxxx sebagaimana engkau lembutkan besi nabi daud lalu pelukla dia dgn erat
- seorang pemarah sebenarnya dia adalah seorang yg kurang kasih sayang, ciuman dan pelukan dr ibubapanya sewaktu kecil.Maka perbykkan pelukan dan ciuman terutama keyika pulang dr kerja atau sebelum tidur.
-solat hajat selama 40 hari tanpa henti, sekiranya haid, sambung kiraan semua.
- perbykkan sedekah atau wakaf atas nama suami , dan mngajak orang yg menerima sedekah itu berdoa utk kita.
-jaga nafsu syahwatnya dan jaga makannya supaya dia sentiasa berada dlmkekenyangan zahir dan batin

Jgn risau, kelihatan seperti berat sebelah, namun Allah memandang segala usaha isteri yg peyayang, pemurah dan penyabar dgn ganjaran yg setimpalnya, di dunia sudahpu. Dapat iaitu ketenangan dan kebahagiaan dan murah rezeki manakala di ahkirat kita mungkin mnjadi ahli isteri solehah.

Allahuakbar!

Allah mnghantar isteri yg penyabar utk memperbetulkan suami yg pemarah, hebatnya kuasa Allah
Kunci hidayah suami rupanya dr isterinya

Tapi awasnya, isteri yg bersifat pemarah memakan diri ok!
Suami mudah menipu utk mncari cinta lain.
90% kes berpoligami adalah dr isteri yg baran/pemarah
Jgn jadikan mangsa penipuan hasil dr sifat baran yg tak pernah ada kesudahannya.


Astagfirullah hal azim
Maafkan ku 
Sebagai isteri yg serba kekurangan di mata suami
Insha allah, allah tidak pernah kurang memandangku

Friday, 6 September 2013

Kemarahan

Bila kita marah pada pasangan kita, rupa nilai hati yg sebenar akan terungkap.Andai kita seorang pendendam, kita pasti akan mengungkit dan mnyingkap kesemua kesilapan lalu utk kita hamburkan.kita rasa sgt puas hati bila kita dpt mnghentam dirinya. malah segala cerita2 lalu kita kumpulkan utk kita hentam semula dirinya.dan adalah kesilapan besar pasangan yg seribg mnceritakan keaiban dirinya.Kerana bila berlaku pertengkaran, keaibannya mnjadi sasaran.

Namun berbeza dgn orang yg memiliki sifat kasih sayang, dia tak akan mengungkit segala kesilapan lampau,dia segera memaafkn pasangan dan tidak cuba mngungkit kesilapan lepas sbg sandaran utk dia menunjukkan kemarahan

Ingin tahu di mana letaknya hati kita?
Lihat,siapa kita ketika kita berdepan dgn kemarahan

Seorang pendendam yakni gemar mengungkit kisah lampau dan cuba membanding2 seseorang yg buruk walhal perbandingan itu sebenarnya jauh?

Atau

Seorang yg peyayang, langsung tiada ungkit dan perbandingan sebaliknya segera meminta maaf dan memaafkan seseorang.

Hati, sukar diterjemahkan sehingga kita berada di ambang kemarahan
Sekerap mana bacaan kita pd al quran, kekerapan kita ke masjid dan ketaatan kita terhadap Allah bukan lg ukuran , bila kita marah, kita sejujurnya adalah seorang pendendam dan sukar memaafkan seseorang!

Ingat! Kita juga pernah melakukan kesilapan
Andai disenaraikan kesilapan kita
Kita juga bukan sempurna seperti yg kita fikirkan!

Sesungguhnya kita adakalanya lupa mngingati kesilapan sendiri dan sgt memandang jelik pada pelaku kesilapan yg lain yg sama dgn kesilapan kita walhal kita dulu lagi teruk dari pelaku tadi!
Bahkan memandang kesilapan kecil itu sebagai satu kesilapan yg sgt besar nilainya jika dibandingkan dgn jasa dan kebaikannya.

ASTAGFIRULLAH
KU MOHON DIAMPUNKAN DOSAKU
YA ALLAH YA RAHIM
HANYA ALLAH MENGETAHUI KADAR DAN NILAI HATIKU

Thursday, 5 September 2013

Hujung minggu : makan masakan isteri atau bibik atau di restaurant?



Kebykan isteri di Malaysia byk mengambil enteng perihal memasak.
Mengapa?
Kerana kebykan mereka bekerjaya.
manakala isteri di luar negara byk memasak kerana kbykan mereka tiada kerjaya.

Adakalanya ku rasai sangat hiba dan sedih melihat situasi sebegini. Cemas pun ada.
Kerana aktiviti memasak bukan lagi agenda ibu dan isteri zaman moden

Sebab itulah byk restaurant 24 jam sebab permintaan sgt tinggi

Apaun ramai isteri terlupa bila memasak.kbykan mereka memasak kerana terpaksa memasak sedangkan jika isteri memasak dr dlm hati dgn iman, pasti kasih sayang suami isteri utuh.

Bagaimana ingin memasak dr dlm hati dgn penuh iman dan kasih sayang?

- mulakan aktiviti masuk dapur dgn bacaan bismillah
-ketika mula membasuh beras, isteri sudah mula baca surah al khauthar dan niat apa yg anda inginkn dr suami dan anak2.
-ketika mula menumis, isteri sudah mula berzikir,beristigfar atau baca mana2 surah yg biasa anda baca
-elak membebel atau mendoakan sesuatu yg buruk
-kebiasaan bila kita sakit hati dgn suami, kita akan membebel dan mula berdoa yg buruk utknya, apakata ketika kita sakit hati sgt terus doa yg baik utknya dan sedekahkan al fatihah utknya agar Allah membuka mata hatinya utk melihat segala kebaikan kita dan melihat kelemahan kita sebagai satu langkah utk dia mengubah kita bukan membuang kita
-sewaktu mengacau masakan, perbykkan doa . Antaranya doa mohon kasih sayang, mohon dibukakan pintu hidayah, mohon dilembutkan hati, mohon diper,udahakan segala urusan dan mohon kesedapan makanan ini sesuai dgn citarasa suami dan anak2.


Salam hujung minggu
Pilih sabtu atau ahad
Hari keluarga bg keluarga anda
Jgn sibuk mkn di luar
Kerana tiada keberkatan dan rahmat Allah malah jauh dari Doa malaikat bahkan tukang masak belum tentu baca bismillah,berzikir dan bersolat!

Nilai sebuah perkahwinan : reset niat

Berbicara soal perkahwinan, ada pihak terhiris jiwa menghasilkan rembesan kecewa kerana memikirkn jodoh belum ketemui

Namun berapa ramaikah yg telahpun bertemu jodoh tetapi masih belum bertemu jodoh yg sebenar di dlm sebuah perkahwinan?

Maksudnya, jodoh telahpun bersatu namun hala tuju sebuah perkahwinan masih samar.

Berkahwin utk siapa?
Berkahwin kerana apa?

Sebilangan bernikah kerana nafsu dan kerana persekitaran!
Andai itu pilihan kita, kita sebenarnya sedang menempah duri di hati,kerana sebuah perkahwinan tanpa mengundang keredhaan Allah bakal mencengkam jiwa.

Mengapa perlu keredhaan Allah dlm menentukan kebahagiaan sesuatu rumahtangga?

mengapa tidak hanya bergantung harap terus pada suami sahaja?

Kerana suami itu manusia,manusia semuanya bergantung harap pada Allah.

Begini turutannya

Manusia -->> Allah
Isteri --> suami --> Allah ( hubungan satu)
Isteri --> Allah (hubungan dua)

Yang dua ini yg terbaik.Apa perlu kita pinta izin pada ibu sedangkan yg sering memberikan kita keizinan adalah ayah?

Begitulah ralitnya, yg mengubah hati suami adalah Allah, kerana itulah utk isteri hubungan dgn Allah mesti rapat.

Antara cara utk mendekatkan diri dgn Allah:

- bersolat tahajud dan dhuha
-berdoa sepanjang masa ibarat berckp2 dgn Allah. Eg ya allah kau lihatlah apa yg aku lakukan, biarpun tiada penghargaan seorang suami, maka kaulah yg maha pemurah, kau ganjarkan aku dan buka pintu hati suamiku agar dia memandang segala pengorbanan ku ini.
-update dgn Allah setiap saat ibarat jari anda yg sibuk ingin update facebook
-sentiasa meletakka diri di dlm majlis ilmu samada di masjid,menontondi tv atau internet atau mendgr di radion ie ikim fm.jadikan tabiat mendgr majlis ilmu terutamanya hal rumahtangga sebagai makanan harian kita.
-memaksa diri membaca sekurangnya 1 helai al quran sehari
-bersedekah atas nama suami agar Allah bukakan pintu hatinya sewaktu menderma mahupun membaca al quran.


Salam cinta sayang
Astagfirullah
Semoga kita semua dirahmati Allah