Thursday, 12 September 2013

Lelaki Baran vs Lelaki Romantik

Dlm konteks lelaki ,ada dua jenis yg amat ketara perbezaannya.

BARAN akan timbul sifat kecilnya yg lain.
Personaliti lelaki baran mnjurus kepada ketegasannya. Biasanya mereka tidak suka melayan sesuatu yg remeh temeh, memikirkan sesuatu yg kecil, kuat merajuk, mudah tersinggung, pendendam , mudah melenting akan perkara yg tidak mnyenangkannya, dan suka mncari kesalahan orang utk diperbesarkan jika dia bukan berada dlm mood yg baik

Disebaliknya kejelikan sifat baran ini, terselit kemanisan dlm personalitinya.

Antaranya ;

- tegas dlm berbuat keputusan
- keputusannya tidak dipengaruhi oleh sesiapa
- tidak suka melayan sesuatu yg tidak menguntungkannya. Ie layan perbualan perempuan yg tidak dikenali.
- berbicara hal yg penting sahaja
- byk mnggunakan mata dlm memerhati sesuatu kerana dia bukan pendengar yg baik

Dan banyak lagi sifat baik disebalik baran ini

ROMANTIK berlaku bilamana persekitaran pembesarannya dipenuhi dgn sifat kasih sayang. bilangan adik beradik sedikit akan lebih cenderung ke arah sifat ini.Kerana besar kemungkinan ibubapa sempat fokus tentang keperluan anak. Anak bungsu,anak kedua atau ketiga bungsu kebiasaan cenderung memiliki sifat sebegini.Ada kalanya , anak tunggal.

Sifat romantik ini biasanya dpt dikenal pasti dr sifatnya yg suka menulis, suka membantu, suka berkata2 yg menyenangkan, suka menjadi pendengar yg baik dan amat memahami keperluan rohani isterinya, tak kisah ambil hantar isteri,suka teman isteri,suka berbual dgn isteri.Kiranya caring abisla

Maka bila birthday, anniversary memang dialah yg sibuk hantar bunga, coklat,belikan hadiah, wishes semuanya.

Berbeza dgn sifat lelaki baran. Dia lebih fokus, maka dia telah menganggap anniversary, birthday itu remeh.Jadi memang bukan mnjadi kebiasaan bagi dirinya berbuat sedemikian.

Kekurangan lelaki romantik, dia akan terbawa2 keromantikanya di luar rumahtangga, maka ramai wanita sgt mnyenangi dirinya yg sentiasa membantu, berckp lembut dan rajin dlm segala hal.dlm hal ini, suami mahupun isteri sentiasa beringat antara satu sama lain, di bimbangi sifat romantiknya mnjdi idaman wanita lain.


Maka dgn itulah kebiasaannya kes poligami cenderung pada sifat lelaki pendiam, peyayang dan romantika.

Tidakkah anda perhatikan..
Kbykan kes poligami yg saya dengar 90% dr sifat lelaki yg begitu romantis dgn isterinya, maka tidak hairanlah jika isteri sukar menghidu jika suaminya punyai wanita lain.Kerana dia sendiri menganggap suaminya adalah segalanya

Pun begitu, bukan semua , ada juga lelaki baran berpoligami cuma kadar rekod lebih tinggi pd lelaki yg suka berkata manis, melayan wanita dan bersifat seorang pendengar yg baik.

Jadi, jika anda belum berkhwin, bagaimana ingin mngenal pasti lelaki baran atau romantik?

- lihat latar belakang adik beradiknya,kebiasaannya anak sulung lelaki dlm keluarga byk bersifat baran berbanding romantik
- lihat cara bapanya melayan ibunya ; dr situlah anda akan lihat dia juga bakal melayan anda bila berkahwin dan mempunyai anak kelak.
- perhatikan pada sifat pemarahnya, andai dia seorang yg sukar marah, dia adalah seorang romantik, andai dia mudah melenting dgn sesuatu perkara yg kecil, dia seorang yg baran.
Eg jalan jam, si dia sudahpun bising2.
Eg barang hilang, si dia sudahpun bising2.
- perhatikan sifat peyayang, mengambil berat dan cara dia mendgr masalah anda.andai dia seorang yg malas layan anda berbicara, hanya berckp soal penting, dia adalah seorang yg baran.Kebiasaannya sifat romantik suka melayan masalah wanita, suka mengambil tahu tentang wanita,suka menulis ayat jiwang dan juga seorang yg pentingkan kecantikan dan kekemasan.mat smart gitu!

Sewaktu bersahabat, ujilah pasanganmu!
Kerana anda bukan sehari hidup bersamanya, anda hidup 24 jam selama nyawa di kandung badan!
Andai tersilap memilih,
Jgn salahkan jodoh
Tetapi salahkan diri yg lagha dlm mengenal pasti karektor sebelum bernikah

Walau bagaimanapun, perancangan jodoh Allah adalah indah
Pertemuannya pada waktu yg tepat dan bersesuaian dgn keadaan kita
Allah tidak menemukan kita dgn orang yg salah dan pd waktu yg salah.
Allah temukan kita pada orang yg benar pada waktu yg tepat.
Samada kita perlu mngubah diri setelah bertemu dgnnya
Atau kita mnjadi asbab utk si dia berubah.
Redha
Mengharapkan keredhaan Allah
Qanaah
Syukur

Walaupun diuji dan teruji dgn orang yg ditemukan oleh Allah utk kita
Andai kekurangannya adalah sifat semula jadi, kita perlu mncari alternatif utk merawat kesepian.
Kerana sifat semulajadi adalah sesuatu yg terlalu sukar utk di ubah dgn mendadak.


1 comment:

  1. Aku ada kawan yang panas baran dulu. Akhirnya aku pulaukan dia sebab hal2 kecik pun nak marah & cari pasal. Kalau dia buat salah boleh. Makin lama makin menyampah aku tengok muka dia. Lepas tu aku unfriend fb dia. Padan muka dia

    ReplyDelete