Tuesday, 17 September 2013

Bagaimana ingin mngubah pasangan?

Kita seringkali menginginkan pasangan seperti kita.

Kelakuan yg sama
Corak pemikiran yg sama
Gaya hidup yg sama
Kegemaran yg sama

Yang sepatutnya wajib ada kesamaan :-

Beragama islam dan sempurna fizikannya.

Kita tidak blh ubah pasangan secara drastik, kita hanya perlu menggunakan teknik Rasulullah saw dlm mengubah kaum Jahiliyah menjadi muslim sejati.

Di mana teknik Rasulullah bukan memaksa orang memeluk islam tetapi mempamerkan keindahan  islam dr dlm dirinya.

Baginda tonjolkan apa itu Allah dan Islam melalui akhlaknya, baginda punyai sunnah iaitu gaya hidup, dan kegemaran manakala corak pemikirannya al quran.

Andai baginda hanya membaca al quran tanpa mengerti, pasti kita susah menerima Allah sbg tuhan kita.

Sebgitulah dl rumahtangga, andai kita ingin mngubah suami kerana mahu dia seperti yg kita idamkan, kita sebenarnya sedang mncipta kegagalan!

Kerana manusia takkan berubah mengikut acuan kita, tetapi berubah mngikut kehendaknya sendiri.
Andai dia berubah ikut acuan kita, dia hanya akan jadi baik dihadapan kita sahaja, bukan di hadapan Allah.

Jadi, harus bagaimanakah kita mngubah pasangan secara betulnya?

Sbg isteri, kita sebenarnya punyai byk kekuatan,
Antara kekuatan mnggoda, memujuk,membelai dan mengasihaninya.

Gunakan aura kekuatan itu utk melembutkan hatinya walau pada mulanya agak sukar kerana hati kita juga punyai ego!

Langkah pertama, kuatkan hubungan kita dgn Allah.Lantas, di tanya bagaimana?

- perkemaskan solat awal waktu seudaya upaya mungkin
- tunaikan solat tahajud , solat hajat dan solat taubat pada waktu mlm setiap hari jika boleh, jgn skip selama 2-3 bulan sebagai latihan tubi.
- mengamalkan bacaan al quran setiap hari walaupun hanya 1-2 mukasurat.
- bersedekah dgn wang,atau amal.
- perbykkan menonton majlis ilmu berkaitan dgn rumahtangga agar kita jelas hala tuju kita.

Langkah kedua , kuatkan hubungan kita dgn suami, bagaimana?

- perbykkan masa berkomunikasi verbal dgnnya, kurangkan komunikasi text.
- perbykkan masa meluangkan bersamanya ketika dia keseorangan
- perbykkan pujian jika suami anda seorang baran
- jika ada luang ketika dia ada outstation, sertainya!jgn biarkan dia keseorangan
- perbykkan aktiviti di rumah berbanding mngajak suami ke mall, kerana di mall imannya bakal mnjunam!
- mnyertai diri dlm hobinya ie mengalakkan hobinya
- berhias diri ie sentiasa berwangian, berbedak ,bergincu, memakai pakai seakan pakaian org yg tak bertudung ie sleevess and skinny jean.

Kita baiki hubungan suami isteri dan Allah dulu, perbetulkan niat rumahtangga utk apa dan kerana siapa?

Bila kita mengubah diri kita sebagai isteri, secara tidak langsung sahabat setiduran kita juga berubah kerana aura kita!

Seperti mana si penjual minyak wangi yg berbau harum dek wangian jualannya!

Ingat! Dlm mngubah tabiat dan sikap, adalah sesuatu yg amat sukar tanpa hidayah Allah, maka perkemaskan hubungan dgn Allah, insha Allah ada pertolongan dr Allah, Allah tak pernah mensia2 kan dirimu yg melakukan segalanya kerana Allah.Bukankah Allah tak pernah menzalimi dirimu,sebaliknya dirimu yg sentiasa menzalimi diri sendiri!

Niat, saya ingin ubah suami kerana Allah, sebab nak masuk Syurga bersamanya,walaupun ada ketikanya sikapnya agak mnjelikkan tetapi saya pohon Allah lapangkan dada saya terima kelemahannya mnjadi satu kemanisan.Kerana saya juga ada kejelikannya.

Setiap kali suami berkelakuan seperti anda tak suka, pantas berdoa, ya allah lembutkan hatinya, katakan di saat anda benar2 menyampah,Masha Allah, terapi jiwa yg sgt cemerlang!


Mendoakan kebaikan suami disaat diri terasa dizalimi! 
Mustajab doanya tapi mohon jgn doa keburukan kerana anda juga yg susah nanti!

No comments:

Post a Comment