Friday, 13 September 2013

Komunikasi verbal dan in verbal dlm rumahtangga

Ramai pasangan mengabaikan dua bentuk komunikasi ini ketika usia perkahwinan mnginjak ke 5 tahun ke atas.

Hanya pada 1-3 tahun sahaja, komunikasi antara pasangan sangat terbaik, utk tahun seterusnya masing2 disibukkan dgn tanggungjawab sbg ibu, bapa, pekerja.

Mengapa?

Apakah faktor kekurangan ilmu agama?
Atau dek kerana keegoan yg meninggi?

Ada mnganggap kurangnya ilmu agama menyebabkan nafkah batin suami atau isteri di abaikan,tetapi sebenarnya byk orang memiliki ilmu agama yg tinggi tetapi mempunyai tahap keupayaan beramal yg kurang.sebab itulah ilmu tanpa amal, ibarat baju tanpa bentuk yg cantik.lurus, design ntah apa!

Jd jangan terkejut bila kita lihat ada yg punyai ilmu agama ti ggi tetapi praktikalmya kurang

Mengapa suami dikatakan ego mempertahankan kelelakiannya?

Sekali lagi, kita sebenarnya harus mngkaji apa latar belakang keluarganya dan cara dia dibesarkan!

Andai masa kecilnya, dia selalu di arah, dimarahi,dimaki,di pukul, personalitinya agak kasar, ego yg tinggi, utk meminta maaf dan memaafkan kita,

Berbanding dgn suami yg dibesarkan dlm keluarga yg penuh pujian, saling bantu membantu, maka sifatnya lebih ke arah tolenrasi dan mudah melapangkan urusan seseorang.

Bila kita sudah mngenal pasti bentuk pembesaran, maka mudah utk kita mengawal dan membentuknya mngikut yg sepatutnya.

Jgn mengubah sifat naturalnya, kerana ia terdidik sejak azali, maka sifatnya umpama kotoran degil yg sukar dihapuskan dgn clorox sekalipun!

Ubahlah sifat sementara , kerana itu kita perlu mngenal pasti yg mana sifat sementara dan yg mana sifat kekal

Eg sifat kekal keras hati, tegas dan sifat sementara suka membantu.

Sfat keras hati memang memerlukan masa yg lama utk dididik.Kerana ia perlukan istiqamah,hidayah dan pengampunan dr Allah.

Sifat sementara, ie bantu ke pasar, bantu di dpur, itu boleh dibentuk mengikut masa perkahwinan dan keadaan perkahwinan.adakalanya suami terpaksa memasak kerana isteri berpantang.

Maka tidak hairan jika selepas 5 tahun anda akan lihat pasangan anda semakin hari semakin menjauh.

Mereka lupa barangkali, bersembang santai bersama isteri itu merupakan nafkah batin selain sentuhan dan seks itu pula didefinasikan nafkah batin.

Nafkah batin sejujurnya berkaitan dgn emosi isteri.

Antara keperluan nafkah batin isteri:-

- bersembang santai dgn apa yg berlaku padanya hari ini
- mengosok mana2 anggota bdn yg lenguh2
- bila isteri sakit, suami sedia menggantikan tugasan isteri bukannya mnyusahkan isteri
- bergilir mnjaga anak esp anak yg sakit
-bergilir mngajar anak dlm bentuk agama mahupun Pelajaran sekolah
- memuji kelebihan isteri dan menegur secara berhikmah akan kelemahannya eg jika isteri memasak, pujilah di atas usahanya namun jika makanan tersebut tidak menepati citaras kita, maka menegurlah dgn baik bukan menengking, memaki dan mengherdik di atas kesilapannya.
-memuji kecantikan isteri pada setiap pagi, kerana mood pagi yg baik akan menentukan keseluruhan hari isteri tersebut,andai isteri bahagia, anda juga pasti memakan hasilnya! Ie masakan yg penuh pujian bukan masakan penuh dgn kritikan dan sumpah seranah.
- mengiyakan Pendapat isteri dan jika tak bersetuju sangkal dgn penuh hikmah
- bergilir mnghantar anak, jgn hamburkan semua tugas mndidik anak hanya pada isteri sehingga jika anak melakukan kesilapan, kita mnyalah isteri sebgi pendidik sedangkan tugas bapa adalah jauh lebih penting dlm pendidikan selain mncari wang nafkah zahir.
- kerap memeluk dan mncium isteri bila dia melakukan sesuatu tugas yg sepatutnya suami lakukan. Eg buang sampah, basuh baju, seterika baju, memasak.pelukan dan cium bukan bererti sebagai foreplay sebelu. Melakukan seks tetapi ianya lebih memberi erti kasih sayang dgn konteks mngutip pahala kasih sayang, bukankah rumahtangga gedung pahala ke syurga?

Atau anda hanya memberikan si isteri sibuk mngutip pahala,sedangkan anda hanya mengarahkannya sahaja?

SALAM JUMAAT
SALAM KASIH SAYANG
ASTAGFURULLAH HAL AZIM
AKU MOHON CINTA DAN REDHAMU YA ALLAH
BERIKANKU KASIHSAYANG DAN RAHMATMU

No comments:

Post a Comment