Monday, 9 September 2013

Kesan kemarahan dlm Rumahtangga

Hakikanya, kita sering terlepas pandang kesan api kemarahan dlm rumahtangga.

Bagi pihak SUAMI, bila dia sentiasa dlm kemarahan, dia akan menyebabkan kesan buruk pada jiwa dan tumbesaran anak dan juga keperluan batin seorang isteri juga terjejas.

Apa itu kemarahan?

Situasi dlm keadaan yg biasa berlaku tetapi dia berada dlm situasi kemarahan iaitu cepat melenting, mencari kesalahan orang dan memperbesarkan kesalahan kecil seseorang.

Bilamana kita dlm kategori ini, kita akan dikenali sebagai seorang yg mempunyai sifat baran dgn erti kata lainnya kita adalah seorang pemarah

Apakah peyumbang kemarahan ini?

-keadaan persekitaran
-faktor kerjaya
-faktor kewangan
-faktor genetik

Kebiasaan, jika sifat suami kita sememangnya baran/pemarah kerana faktor genetik, ia mnjadi terlalu sukar utk diubah, kerana sifat ini diwarisi apa yg dilaluinya semasa membesar dan apa yg dialaminya kesan dr kemarahan bapa atau ibu yg melampau terhadapnya.

Bilamana seorang isteri berada dlm situasi ini, Allah punyai perancangan jodoh yg rapi. Kebiasaannya jodoh suami baran akan bertemu dgn isteri yg penyabar,dan lembut, penyayang.

Antara tindakan seseorang yg bersifat baran :

-membebel
-mengungkit
-mencari kesalahan utk diperbesarkan
-cepat melenting bila ditegur
- menghamburkan kata2 yg negatif
- memukul
- membaling barang berkaca atau berharga

Bagaimana berhadapan dgn seseorang pemarah?

- diam adalah jln paling baik
- sekiranya memerlukan utk kita mnjawab, maka jawablah saya minta maaf biarpun kesalahan kita adalah kecil atauapum kesalahan kita berpunca dr kesilapan dia
- berdoa langsung dlm hati ketika sedang dimarahi, antara doa yg dimakbulkan Allah adalah doa org teraniya maka sedang dlm kemarahan melampau biarpun bukan kesalahan yg besar mahupun kesalahan sendiri, sudah tentu kita sebenarnya berada dlm situasi teraniya.
-membaca al fatihah lalu diniatkan sedekah padanya ketika sedang dimarahi
- beristigfar astagfirullah hal azim tanpa henti
-sekiranya segalayg diatas telahpun dilaksanakan namun bebelan masih tak berhenti, asingkan diri dr kawasan yg dibebelkan tadi.Jauhi diri drnya utk elak lg pergaduhan yg lebih dramatik.

Kesan buruk kemarahan suami terhadap isteri dan anak:

- dia sedang mngajar isteri dan anaknya berbohong.Mengapa? Sekiranya dituturkan kebenaran, suami akan melenting keterlaluan jadi adalah baik isteri mahupun anak mnjadi pemohon penyimpan rahsia dr suami dgn tidak berterusterang dan cuba menipu supya api kemarahan tidak membuak

Eg situasi pinggan pecah.
Si isteri cuba mnjadi jujur dgn mmberitahu situasi berkenan.jika suaminya kaya dgn sifat peyayang dan pemurah, dia akn tenangkn isterinya tetpi jika dia seorang yg pemarah, dia mula membebel mngungkit dan mnghamburkn kata2 negatif.

- yang membimbangkan, ketika tuanya dia tak dipedulikan oleh isteri dan anak terutama ketika sakit.bayangkan ketika sakitpun isteri tidak mahu mnjaganya.apalah daya kita ketika tua yg tiada bertenaga?

Terapi jiwa bg isteri yg memiliki suami baran

- cari punca dan keadaan bagaimana mnyebabkan suami mudah melenting dan elakkan dr berterus terang terlalu kerap

Eg suami jenis mudah melenting bila kita memberitahu hal keselamatan anak, maka bila anak jatuh adalah baik kita jgn terus bagitahu dirinya sekiranya kecederaan tidak kritikal .sekiranya diberitahu menyebabkan suami mula melenting.jadi langkah terbaik, beritahu ketika kita sendiri tenang dan ketika dia tenang
- elakkan dr bercerita hal yg tidak penting eg cerita hal kawan sepejabat atau kawan, hal jiran, hal adik beradik kandung , hal adik beradik ipar, hal mentua mahupun hal ibubapa kandung.
- baca surah taha 1-5 pada air dan mknannya
- baca surah al khauthar pada beras dan minuman malamnya ; paling afhdal, baca ketika dia sedang marah dan hulurkan air tersebut.
- berdoa pd solat tahajud dan dhuha
- baca al fatihah dan sedekahkan atas namanya sambil berdoa agar Alah lembutkan hatinya
- baca doa nabi daud , Ya Allah kau lembutkan hati suamiku yg bernama xxxx sebagaimana engkau lembutkan besi nabi daud lalu pelukla dia dgn erat
- seorang pemarah sebenarnya dia adalah seorang yg kurang kasih sayang, ciuman dan pelukan dr ibubapanya sewaktu kecil.Maka perbykkan pelukan dan ciuman terutama keyika pulang dr kerja atau sebelum tidur.
-solat hajat selama 40 hari tanpa henti, sekiranya haid, sambung kiraan semua.
- perbykkan sedekah atau wakaf atas nama suami , dan mngajak orang yg menerima sedekah itu berdoa utk kita.
-jaga nafsu syahwatnya dan jaga makannya supaya dia sentiasa berada dlmkekenyangan zahir dan batin

Jgn risau, kelihatan seperti berat sebelah, namun Allah memandang segala usaha isteri yg peyayang, pemurah dan penyabar dgn ganjaran yg setimpalnya, di dunia sudahpu. Dapat iaitu ketenangan dan kebahagiaan dan murah rezeki manakala di ahkirat kita mungkin mnjadi ahli isteri solehah.

Allahuakbar!

Allah mnghantar isteri yg penyabar utk memperbetulkan suami yg pemarah, hebatnya kuasa Allah
Kunci hidayah suami rupanya dr isterinya

Tapi awasnya, isteri yg bersifat pemarah memakan diri ok!
Suami mudah menipu utk mncari cinta lain.
90% kes berpoligami adalah dr isteri yg baran/pemarah
Jgn jadikan mangsa penipuan hasil dr sifat baran yg tak pernah ada kesudahannya.


Astagfirullah hal azim
Maafkan ku 
Sebagai isteri yg serba kekurangan di mata suami
Insha allah, allah tidak pernah kurang memandangku

No comments:

Post a Comment